Salam Perkenalan
Kenali Amira Aziz

Amira Aziz merupakan seorang perunding perwarisan harta Islam yang berpengalaman dalam membantu individu dan keluarga merancang harta pusaka secara sistematik dan berlandaskan prinsip syariah.
Berasal dari Batu Pahat, Johor, beliau kini menetap di Klang, Selangor dan aktif menyampaikan ilmu pewarisan harta Islam selepas meninggalkan kerjaya dalam industri minyak & gas antarabangsa sejak 2017.
Memulakan perjalanan profesionalnya selama lima tahun di Shell Business Centre & Shell Sarawak, Amira kemudiannya melibatkan diri dalam industri kewangan selama tujuh tahun bersama Phillip Mutual sebelum memberi fokus sepenuhnya dalam bidang perwarisan Islam.
Kini, beliau berkhidmat sebagai perunding dan penceramah bertauliah di Wasiyyah Shoppe Berhad, serta merupakan sebahagian daripada Kumpulan Kepimpinan Kausar Group, agensi korporat utama di Wasiyyah Shoppe Berhad.
Dari segi akademik, Amira mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Shah, Mersing, Johor, seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas.
Beliau turut memperkukuhkan kepakarannya dalam perancangan kewangan Islam dengan memperoleh pensijilan Syariah Registered Financial Planner (RFP Syariah).
Sebagai seorang ibu kepada tiga cahaya mata perempuan, Amira memahami kepentingan perancangan harta yang teratur untuk memastikan kesejahteraan keluarga di masa hadapan.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, beliau aktif dalam berkongsi ilmu melalui seminar, bengkel dan taklimat yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi seperti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UTHM Holdings, Pertubuhan Wanita Bumiputera (PWB), dan Autism Malaysia. Pendekatan Amira yang mesra dan mudah difahami menjadikannya pilihan ramai yang ingin mendapatkan bimbingan dalam pengurusan harta pusaka.
Dengan misi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Muslim tentang kepentingan perancangan waris, beliau terus berusaha membantu lebih ramai keluarga memastikan harta yang ditinggalkan membawa manfaat berpanjangan kepada generasi seterusnya.